Saturday, October 19, 2024

14 kereta disita dalam Op Lumba Haram di Kijal


 CHUKAI: Polis menahan 14 kereta susulan operasi lumba haram yang dijalankan sepanjang dua hari berakhir malam tadi, dengan tumpuan utama di kawasan perniagaan Bandar Baru Kijal, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan, berkata lokasi berkenaan dipercayai menjadi 'port' untuk kumpulan terbabit berkumpul, selain turut memainkan muzik dengan kuat sehingga mengganggu penduduk berhampiran.

Beliau berkata, susulan aduan diterima polis melakukan pemantauan mendapati kegiatan kumpulan itu semakin aktif sejak empat bulan kebelakangan ini.

"Hasil operasi dijalankan 14 kenderaan ditahan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kemaman sebelum dibawa ke balai untuk siasatan lanjut.

No comments:

Post a Comment

Ahli farmasi Malaysia dibunuh di kediamannya di Melbourne

  KUALA LUMPUR – Seorang ahli farmasi Malaysia yang bekerja di Melbourne ditemukan mati di kediamannya pada Rabu lepas, disyaki dibunuh, men...