Keluarga Palestin yang dipindahkan akibat operasi tentera Israel di Jabalia, utara Gaza, mengambil jalan utama Salah al-Din menuju ke Bandar Gaza. - Foto AFP
GAZA: Agensi Pertahanan Awam Gaza berkata pihaknya dan pasukan penyelamat lain tidak lagi dapat menyediakan perkhidmatan kecemasan di utara wilayah Gaza selepas tentera Israel mengancam untuk mengebom dan membunuh kakitangan mereka.
Sejak 6 Oktober lalu, tentera Israel melancarkan serangan udara dan darat berterusan secara besar-besaran di utara Gaza, menyebabkan kehidupan baki kira-kira 400,000 penduduknya semakin terhimpit .
Pada permulaan, serangan berkenaan tertumpu di kawasan Jabalia dan Israel mendakwa serangan itu adalah bertujuan menghalang kumpulan Hamas daripada berkumpul semula.
Jurucakap Agensi Pertahanan Awam Gaza, Mahmud Bassal, berkata pihaknya tidak dapat menyediakan perkhidmatan kemanusiaan kepada penduduk di utara Gaza kerana diancam bunuh dan bom oleh tentera Israel sekiranya mereka terus berada di Kem Jabalia.
"Anggota penyelamat kami sudah beberapa kali menjadi sasaran tentera Israel, menyebabkan beberapa anggota cedera dan yang lain ditinggalkan berdarah di jalanan tanpa peluang bagi menyelamatkan mereka," katanya.
Dalam pada itu, Bassal turut memuat naik gambar sebuah trak yang terbakar di media sosial dan mendakwa bahawa ia adalah satu-satunya kenderaan pertahanan awam di utara Gaza.
Katanya, trak berkenaan menjadi sasaran tentera Israel di bandar Beit Lahia di utara Jabalia dan berhampiran sempadan utara Gaza dengan Israel.
Tentera Israel mendakwa mereka melakukan serangan di kawasan Jabalia dan telah membunuh berpuluh-puluh pejuang dan pemimpin kanan Hamas.
#news #berita #malaysia #viral #foodie #kualalumpur #tiktok #semasa #media #trending #fyp #fypppppppppp #trendztok #lompattikam #avaninews #trendzfoodie #ohmediaviral #rodaviral #isuhangat #isusemasa #update #facebook #instagram #x #contentcreator
No comments:
Post a Comment