Monday, October 28, 2024

Ahli farmasi Malaysia dibunuh di kediamannya di Melbourne


 KUALA LUMPUR – Seorang ahli farmasi Malaysia yang bekerja di Melbourne ditemukan mati di kediamannya pada Rabu lepas, disyaki dibunuh, menurut laporan media Australia.

Kum Chuan Leong, 29, yang mesra dikenali sebagai KC, ditemukan mati oleh seorang rakan di rumah bandar didudukinya di Davidson St, Bellfield.

Beliau bertugas di sebuah syarikat perkhidmatan kesihatan awam di Melbourne sejak 2021.

Menurut Perbadanan Penyiaran Australia (ABC), majikannya dalam satu kenyataan menyifatkan kematian Leong sebagai “tragedi yang dirasai ramai”.

Ketua Eksekutif Eastern Health David Plunkett berkata Leong akan dikenang atas “semangat, kebaikan, dan dedikasinya kepada pasukan serta masyarakat yang lebih luas.”

“KC diakui sebagai seorang pemimpin berbakat dan juga mentor kepada ramai ahli farmasi muda,” katanya.

Media Australia melaporkan bahawa Simon Hunter, 54, telah didakwa di Mahkamah Majistret Melbourne pada Khamis atas tuduhan membunuh.

Mahkamah dimaklumkan bahawa Hunter didiagnosis menghidap skizofrenia dan tiada alamat tetap. Dia kini ditahan reman sehingga kes itu disebut semula pada 16 Januari.

Menurut ABC, keluarga Leong tiba dari Malaysia pada pagi Khamis dan sedang bertemu dengan pihak polis.

#news #berita #malaysia #viral #foodie #kualalumpur #tiktok #semasa #media #trending #fyp #fypppppppppp #trendztok #lompattikam #avaninews #trendzfoodie #ohmediaviral #rodaviral #isuhangat #isusemasa #update #facebook #instagram #x #contentcreator

Semangat jitu, minat mendalam rahsia Asma berjaya ke puncak


 Naib Canselor Universiti Perubatan Malaysia (IMU), Prof Emeritus Datuk Dr Asma Ismail. - Foto NSTP/Saifullizan Tamadi

KUALA LUMPUR: Sentiasa berfikiran positif mampu membantu diri supaya mengharungi segala halangan yang berada di hadapan mata.

Jika fikiran sentiasa memikirkan perkara negatif atau tidak elok sepanjang masa, akan merasakan ada pelbagai halangan sekali gus menyukarkan perjalanan.

Naib Canselor Universiti Perubatan Malaysia (IMU), Prof Emeritus Datuk Dr Asma Ismail, berkata menjadi seorang yang sentiasa berfikiran positif banyak membantunya membuat keputusan dalam hidup.

Katanya, ini kerana dia perlu memegang banyak jawatan tertinggi, jadi perlu memberi tumpuan kepada setiap tugasan penting yang ada.

"Jika saya jadikan setiap cabaran sebagai halangan, sudah pasti hidup akan berhadapan kesukaran dan kurang produktif, tetapi jika sentiasa berfikiran positif, setiap halangan dapat diharungi dengan baik kerana dalam hidup kita tidak akan lekang dengan cabaran.

"Sebaiknya, berusaha mencari jalan penyelesaian yang terbaik bagi setiap cabaran yang ada dan harunginya dengan fikiran yang positif supaya laluan menjadi lebih mudah," katanya kepada BH.

Mengenai motivasi hingga boleh berjaya dalam hidup, beliau yang bermula sebagai pensyarah di Jabatan Mikrobiologi Perubatan dan Parasitologi, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 1986 berkata, perlu ada semangat dan minat yang tinggi dalam diri.

Katanya, jika tiada dua perkara itu, pasti akan sukar terutama apabila bergelar wanita kerana bimbang akan menjadi kurang bersemangat.

"Untuk memperkasakan diri terutama sebagai wanita, selain menjadikan kejayaan orang lain sebagai motivasi, perlu juga yakin dengan kebolehan diri dan berusaha mencapainya.

"Jika orang lain boleh buat, mengapa tidak kita? Malah cuba lakukan dengan lebih baik supaya dapat memberi kesan baik kepada orang lain juga," katanya.

Ditanya berkenaan masa depan pendidikan tinggi di negara ini, bekas Ketua Pengarah Pengajian Tinggi itu berkata, beliau amat berharap sistem pendidikan negara dapat diubah mengikut peredaran zaman.

Katanya, sistem pendidikan sedia ada masih di takuk lama dan tidak lagi sesuai dengan generasi masa kini yang semakin mudah mendapat akses maklumat hanya di hujung jari.

"Bagi saya dalam keadaan semua maklumat mudah diakses, apa lebih penting adalah mengajar mereka berlandaskan etika dan nilai-nilai murni.

"Selain itu, jika sebelum ini untuk mendapatkan ijazah perlu masuk universiti tetapi kini tidak lagi kerana boleh belajar secara fleksible dan masa sendiri seperti pengajian jarak jauh (PJJ), Akreditasi Pengalaman Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL) dan pelbagai lagi.

"Jadi pada pendapat saya, perlu ada tranfromasi pendidikan dan ia perlu diubah dari peringkat bawah lagi sebagai contoh menjadikan guru sebagai fasilitator dan bukan lagi tenaga pengajar," katanya.

Selain itu, beliau juga berpendapat, perlu memberi pendidikan awal berkenaan kesihatan bumi kepada golongan muda bermula dari sekarang lagi seperti yang sudah banyak dilakukan negara lain seperti Jepun.

Bumi perlu terus sihat

Katanya, banyak isu kesihatan bumi yang berlaku sekarang seperti perubahan iklim, pencemaran alam, banjir kilat, penebangan hutan dan banyak lagi.

"Pendidikan berkenaan kesihatan bumi amat penting supaya bumi terus sihat kerana kejadian yang berlaku sekarang adalah berpunca daripada manusia sendiri.

"Jadi apabila semua tahu cara menjaga bumi kerana mempunyai kesedaran, saya yakin perubahan iklim dapat dikawal dengan baik di tangan orang yang tepat," katanya.

Beliau berkata, Sains bukan penyelesaian kepada semua masalah, namun dengan kerjasama semua pihak, ia masih mampu memberikan impak yang baik.

Sebagai contoh katanya, ketika COVID-19 melanda negara, ia memerlukan kerjasama daripada pelbagai kementerian untuk mengatasinya.

"Masalah sekarang semakin kompleks jadi perlu ada pendekatan mutidispilin dan rangkaian daripada semua pihak bagi memudahkan tugasan," katanya yang banyak menjadikan orang sekeliling yang berpengalaman tinggi sebagai mentor.

Berkongsi mengenai pencetus semangatnya, Asma berkata, arwah bapa, Ismail Abu Sitee adalah pendorong utama dalam kehidupan Naib Canselor Universiti Perubatan Malaysia (IMU), Prof Emeritus Datuk Dr Asma Ismail, hingga beliau mampu berjaya hingga ke tahap ini.

Bagaimanapun, anak sulung daripada tiga beradik itu berkata, dia agak terkilan kerana arwah bapa yang meninggal dunia ketika berusia 73 tahun, tidak sempat melihat kejayaannya.

"Namun, kata-kata perangsang arwah sentiasa terpatri dalam hati saya, selain pesanannya supaya menerap nilai murni dan menjaga adab dalam kehidupan tidak mampu saya lupakan sampai bila-bila.

"Saya bersyukur kerana ibu, Aminah Yusof yang akan berusia 90 tahun tidak lama lagi, sentiasa berada di sisi dan tanpa putus terus mendoakan kejayaan dan kesejahteraan saya," katanya.

Asma mengakui, tidak pernah terlintas untuk berada hingga ke tahap ini, malah cita-citanya ketika zaman persekolahan dulu juga tidak pernah tersenarai untuk menjadi seorang saintis.

Katanya, arwah bapanya yang bergelar pakar perubatan sebelum ini, mahu dia menjadi seorang doktor perubatan.

"Walaupun hampir setiap minggu bapa menjemput rakannya yang juga pakar perubatan ke rumah untuk makan tengah hari dan berbincang mengenai kerja hingga saya juga sudah tahu sedikit sebanyak mengenai kesihatan awam, saya tidak berhasrat menjadi seorang doktor.

"Ketika itu saya bercita-cita mahu menjadi seorang peguam atau pereka dalaman, namun kemudiannya saya menyambung pengajian dalam bidang Biologi.

"Bagaimanapun, sejak kecil saya memang berhasrat mahu memegang gelaran doktor, cuma bukan dalam perubatan dan sebab itu saya menyambung pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD)," katanya.

Anak kelahiran Jitra, Kedah itu berkata, dia juga bersyukur kerana suaminya, Prof Datuk Dr Ahmad Zakaria, 68, sentiasa menjadi tulang belakangnya selama ini.

"Kami sentiasa menghormati tugasan satu sama lain dan walaupun sama-sama sentiasa sibuk dengan tugasan harian, akan sentiasa mencari masa untuk meluangkan masa bersama-sama terutama pada hujung minggu," katanya.

#news #berita #malaysia #viral #foodie #kualalumpur #tiktok #semasa #media #trending #fyp #fypppppppppp #trendztok #lompattikam #avaninews #trendzfoodie #ohmediaviral #rodaviral #isuhangat #isusemasa #update #facebook #instagram #x #contentcreator

Rezeki Fattah melimpah ruah selepas bercerai


 Fattah cuba mengelak menjadi tamak dan hanya bersetuju untuk menerima sesuatu tawaran jika bersesuaian dengan prinsip dipegang. - Foto IG

PUTRAJAYA: Pelakon Fattah Amin menyifatkan rezeki melimpah ruah dinikmatinya selepas bercerai sebagai amanah buatnya.

Pemenang trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-30 itu berkata, dia bersyukur dengan rezeki dikurniakan dan sedar semuanya datang dengan satu tanggungjawab besar yang harus dilunaskan dengan sebaik mungkin.

"Rezeki ini sudah tertulis dan ia perkara yang saya tak tahu seperti yang sering saya cakap seperti ajal dan jodoh.

"Alhamdulillah, saya pun tak sangka rezeki sangat murah sekarang. Apa yang patut saya buat adalah bersyukur dengan rezeki Allah bagi.

"Saya juga anggap rezeki dan kerja adalah satu tanggungjawab yang perlu dilunaskan sehabis baik supaya saya tak kecewakan pihak yang memberikan kepercayaan untuk jadi duta kempen dan sebagainya.

"Itu yang saya cuba lakukan sekarang," katanya ditemui pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2024 (ASA 2024), di sini, malam tadi.

Tambah Fattah atau nama sebenarnya, Abdul Fattah Mohd Amin, 34, dia cuba mengelak untuk jadi tamak dan hanya bersetuju untuk menerima sesuatu tawaran jika ia bersesuaian dengan prinsip yang dipegang.

"Tak juga (terima semua). Saya tengok juga dari segi jenama dan latar belakang produk termasuk dari segi komitmen.

"Saya cuba elakkan produk lebih kurang sama sebab saya tak nak ada masalah pada kemudian hari. Syarikat pengurusan saya juga begitu menitik beratkan jenis produk yang kami hendak bekerjasama," ujarnya.

Disebabkan tawaran kerja yang datang bertimpa-timpa, Fattah memaklumkan jadualnya padat hingga Februari tahun depan.

Dalam pada itu, pelakon filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah itu turut berkongsi keadaan tubuhnya yang sedikit susut sebelum ini.

"Mungkin juga disebabkan sibuk bekerja. Makan pun tak teratur. Tubuh saya menyusut sebanyak tiga kilogram," jelas Fattah.

Sementara itu, mengulas momen pertemuan dengan anak perempuannya, Nur Fatima Aisya yang kini berada di bawah jagaan bekas isteri, pelakon Nur Fazura, baru-baru ini, Fattah akui seronok dapat menghabiskan masa dengan puteri kesayangannya itu.

"Fatima sangat happy dapat jumpa daddy. Saya dapat luangkan masa dengannya, bawa jalan-jalan dan belikan permainan.

"Alhamdulillah, terubat juga kerinduan ini," ungkap Fattah sambil tersenyum.

Mengulas mengenai sokongan tidak putus-putus diterima selepas melalui episod duka, aktor tinggi lampai itu meluahkan rasa terharu dengan kata-kata pembakar semangat yang diberikan.

"Saya terharu dengan sokongan luar biasa terutama peminat yang tidak jemu-jemu mendoakan yang baik-baik.

"Bila sentiasa bercakap perkara positif, sebenarnya ia akan refleks diri sendiri juga. Bila doakan yang baik-baik terhadap orang dan Allah nampak, insya-Allah saya juga akan dapat ganjarannya," ujar pelakon drama rantaian Hero Seorang Cinderella ini.

#news #berita #malaysia #viral #foodie #kualalumpur #tiktok #semasa #media #trending #fyp #fypppppppppp #trendztok #lompattikam #avaninews #trendzfoodie #ohmediaviral #rodaviral #isuhangat #isusemasa #update #facebook #instagram #x #contentcreator

Liga Super: JDT tundukkan Selangor 3-0 di Stadium MBPJ


 Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya menewaskan pasukan Selangor FC yang berkesudahan 3 - 0 pada perlawanan Liga Super 2024-2025 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Foto MOHD ADZLAN, 27 OKTOBER

PETALING JAYA – Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mengukuhkan cengkaman di persada liga selepas menundukkan seteru utama Selangor FC 3-0 dalam perlawanan Liga Super 2024/2025 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya di sini malam ini.

Skuad Harimau Selatan yang bertandang ke tempat lawan kini mengumpul 34 mata terus selesa melebarkan jurang lapan mata dengan Gergasi Merah yang mengumpul 26 mata di kedudukan kedua liga.

Memulakan babak pertama, anak buah Hector Bidoglio mengatur gerak aggresif serta melakukan cubaan demi cubaan bagi memecah kebuntuan gol.

Asakan bertali arus JDT membuahkan hasil apabila Romel Morales menanduk kemas sepakan percuma Juan Muniz sekali gus menewaskan penjaga gol Selangor Muhammad Azim Al Amin Kamaruddin pada minit ke-30.

Kelincahan Arif Aiman Mohd Hanapi dalam menggelecek kemudian menjadi duri dalam daging buat Selangor apabila leretan kemas ke dalam kotak penalti dilakukannya menemui kaki rakan sepasukan Bergson da Silva untuk jaringan kedua JDT pada minit ke-44.

Babak kedua, Selangor kendalian Mohd Nizdam Jamil terus berduka apabila JDT mencetak gol ketiga pada minit ke-54 menerusi sepakan penalti Bergson selepas Mohammad Abualnadi menjatuhkan Arif Aiman.

Selangor cuba mencari gol sulung namun setiap cubaan mudah dipatahkan pertahanan JDT dan keputusan kekal sehingga wisel penamat ditiup.

Untuk rekod, pertemuan kali terakhir kedua-dua pasukan ini adalah pada final Piala FA Ogos lepas, menyaksikan JDT membelasah Selangor 6-1. – BERNAMA

#news #berita #malaysia #viral #foodie #kualalumpur #tiktok #semasa #media #trending #fyp #fypppppppppp #trendztok #lompattikam #avaninews #trendzfoodie #ohmediaviral #rodaviral #isuhangat #isusemasa #update #facebook #instagram #x #contentcreator

Narsistik, sikap atau penyakit?

                    Narsistik sukar untuk memahami atau merasakan perasaan orang lain. - Foto hiasan
 

NARSISTIK atau narsisme, adalah istilah yang sering digunakan dalam bidang psikologi untuk menggambarkan individu yang menunjukkan kecenderungan berlebihan untuk mengagumi dan mencintai diri sendiri.

Sikap ini bukan sahaja merangkumi pandangan positif terhadap diri tetapi juga termasuk keperluan untuk mendapatkan perhatian dan pengiktirafan daripada orang lain.

Dalam konteks yang lebih serius, narsisme boleh menjadi gangguan yang mengganggu hubungan interpersonal dan kesejahteraan mental.

Ciri-ciri narsistik

Pertama, individu narsistik sering mempunyai perasaan kehebatan yang berlebihan. Mereka percaya bahawa mereka lebih baik dan lebih unggul daripada orang lain, serta sering membanggakan pencapaian mereka.

Sikap ini menjadikan mereka cenderung untuk merendahkan orang lain demi menegakkan imej diri mereka yang tinggi.

Perasaan ini juga mempengaruhi cara mereka berinteraksi dengan masyarakat, di mana mereka mungkin berusaha untuk menunjukkan bahawa mereka adalah yang terhebat dalam pelbagai aspek kehidupan.

Kedua, adalah kurangnya empati. Narsistik sukar untuk memahami atau merasakan perasaan orang lain.

Mereka sering kali menganggap perasaan dan keperluan orang lain sebagai sesuatu yang tidak penting. Hal ini boleh menyebabkan hubungan yang tidak sihat dan konflik.

Ketiga, keperluan untuk mendapat pengiktirafan. Individu narsistik sentiasa mencari pujian dan pengiktirafan daripada orang lain. Mereka mungkin berasa kecewa atau marah apabila tidak mendapat perhatian yang mereka inginkan.

Keinginan ini sering kali mendorong mereka untuk menunjukkan diri secara berlebihan di media sosial atau dalam situasi sosial demi menarik perhatian.

Ciri lain yang dapat dilihat ialah rasa hak yang kuat. Individu narsistik percaya bahawa mereka berhak mendapat layanan istimewa atau keistimewaan yang tidak diberikan kepada orang lain.

Rasa ini boleh menyebabkan mereka berkelakuan angkuh dan tidak menghormati orang lain, terutamanya dalam situasi yang memerlukan kerjasama.

Individu dengan sifat narsistik juga sangat sensitif kepada kritikan. Walaupun mereka menunjukkan keyakinan yang tinggi, mereka sering kali merasakan bahawa kritikan terhadap mereka adalah ancaman kepada imej diri mereka.

Ini boleh menyebabkan reaksi berlebihan, seperti kemarahan atau penarikan diri.

Narsisme dalam hubungan

Narsisme mempunyai kesan yang mendalam dalam hubungan interpersonal. Dalam hubungan romantik, pasangan yang narsistik sering kali memanipulasi situasi untuk keuntungan peribadi, mengabaikan keperluan dan perasaan pasangan mereka.

Ini boleh menyebabkan ketegangan yang berpanjangan dan mengakibatkan perpisahan. Rakan-rakan dan keluarga juga boleh merasa terasing, kerana individu narsistik sering kali tidak menyedari atau menghargai sumbangan dan sokongan mereka.

Di tempat kerja, sifat narsistik boleh merosakkan dinamik pasukan. Individu yang narsistik mungkin mengambil kredit untuk kejayaan bersama, merendahkan usaha rakan sekerja, dan mencipta suasana yang tidak menyenangkan.

Hal ini bukan sahaja memberi kesan kepada moral pekerja, tetapi juga boleh mengurangkan produktiviti keseluruhan pasukan.

Narsisme juga mempunyai kesan yang signifikan terhadap kesejahteraan mental. Individu narsistik mungkin mengalami masalah seperti kebimbangan dan kemurungan apabila mereka tidak dapat memenuhi harapan tinggi yang mereka tetapkan untuk diri sendiri.

Mereka mungkin merasa tertekan apabila menghadapi kegagalan atau kritikan, dan ini boleh menyebabkan mereka berusaha untuk menutup kelemahan dengan cara yang merosakkan.

Dalam kes yang lebih serius, gangguan narsistik boleh memerlukan rawatan profesional. Terapi dapat membantu individu mengenali tingkah laku merosakkan mereka dan membina hubungan yang lebih sihat.

Ini juga boleh melibatkan pembelajaran untuk mengembangkan empati dan menghargai orang lain.

Narsisme adalah sifat yang kompleks dan sering kali menyakitkan, baik bagi individu yang mengalaminya mahupun orang di sekeliling mereka.

Dengan memahami ciri-ciri dan kesan narsisme, kita dapat mengambil langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini dalam masyarakat.

Penting bagi kita untuk menggalakkan nilai-nilai empati, saling menghormati, dan hubungan yang sihat.

Dalam dunia yang semakin mementingkan diri, membina kesedaran mengenai kesan negatif narsisme adalah langkah penting ke arah masyarakat yang lebih inklusif dan memahami.

#news #berita #malaysia #viral #foodie #kualalumpur #tiktok #semasa #media #trending #fyp #fypppppppppp #trendztok #lompattikam #avaninews #trendzfoodie #ohmediaviral #rodaviral #isuhangat #isusemasa #update #facebook #instagram #x #contentcreator


Ekonomi Matrade anjur Hari Eksport 2024 pada 6 hingga 7 November



 KUALA LUMPUR – Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) akan menganjurkan program Hari Eksport 2024 buat kali kelima di Kuala Lumpur bagi meningkatkan kebolehan eksport pemain-pemain industri tempatan terutamanya dalam kalangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di ibu kota ini.

Program ini bakal berlangsung dari 6 hingga 7 November 2024 bertempat di Menara Matrade Kuala Lumpur dan akan dirasmikan oleh Pengerusi Matrade, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Lebih daripada 200 peserta syarikat PMKS daripada pelbagai sektor akan mengambil bahagian dalam program Hari Eksport Kuala Lumpur 2024.

Prestasi perdagangan Malaysia kekal kukuh dengan jumlah perdagangan bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun 2024 melepasi nilai RM2 trilion, dicapai satu bulan lebih awal berbanding tahun 2023.

Matrade berkata, Kuala Lumpur merupakan antara lima negeri pengeksport utama yang menjadi penyumbang kepada ekonomi negara.

#news #berita #malaysia #viral #foodie #kualalumpur #tiktok #semasa #media #trending #fyp #fypppppppppp #trendztok #lompattikam #avaninews #trendzfoodie #ohmediaviral #rodaviral #isuhangat #isusemasa #update #facebook #instagram #x #contentcreator


Skim piramid 'topeng' penjenayah kewangan


 Penjenayah kewangan kini dikesan berselindung disebalik skim piramid sebagai platform memperdaya rakyat Malaysia menerusi penyediaan aplikasi khusus, kononnya bagi mendapatkan keuntungan yang sebenarnya mencetuskan rantaian penipuan berbilang tingkat, di mana ahli ditipu dengan janji untung besar namun hakikatnya mereka akan kehilangan wang. - Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Penjenayah kewangan kini dikesan berselindung di sebalik skim piramid sebagai platform memperdaya rakyat Malaysia menerusi penyediaan aplikasi khusus, kononnya bagi kemudahan ahlinya berbelanja.

Skim piramid juga antara empat kaedah digunakan penjenayah kewangan untuk menjalankan aktiviti pengubahan wang haram, selain penggunaan akaun keldai, dokumen perniagaan palsu dan mewujudkan syarikat hadapan (front company) serta syarikat cengkerang (shell company).

Ini bagi mengelakkan mereka dikesan dan diambil tindakan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) (Akta 613).

Mendedahkan perkara itu, Ketua Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Azman Adam, berkata penganjur skim piramid biasanya menawarkan pelbagai kemudahan tambahan bagi menarik ahli seperti membeli barangan dengan menggunakan mata ganjaran atau pakej tertentu.

"Pelabur biasanya akan lebih yakin dengan penggunaan teknologi aplikasi semasa sedangkan skim ini bergerak tanpa sebarang aktiviti ekonomi yang sah di mana ia memerlukan peserta untuk merekrut ahli baharu bagi mendapatkan keuntungan.

"Ini membawa kepada rantaian penipuan berbilang tingkat, di mana ahli baharu ditipu untuk mempercayai bahawa mereka akan memperoleh keuntungan besar, sedangkan hakikatnya mereka akhirnya akan kehilangan wang," katanya kepada BH.

#news #berita #malaysia #viral #foodie #kualalumpur #tiktok #semasa #media #trending #fyp #fypppppppppp #trendztok #lompattikam #avaninews #trendzfoodie #ohmediaviral #rodaviral #isuhangat #isusemasa #update #facebook #instagram #x #contentcreator

Friday, October 25, 2024

Ringgit kembali catat momentum positif, naik berbanding dolar AS


                                                 Gambar fail. - NSTP/AIMAN HARIZ AZHAR

KUALA LUMPUR: Ringgit terus mencatat momentum positif untuk diniagakan tinggi berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini, disokong oleh permintaan belian yang berterusan berikutan lebih ramai pelabur beralih kepada mata wang dari negara-negara pesat membangun, termasuk ringgit, kata penganalisis.

Pada 8.17 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.3405/3515 berbanding dolar AS daripada 4.3455/3510 pada Khamis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kenaikan Indeks Dolar AS (DXY) dilihat terjejas berikutan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang positif.

"DXY merosot 0.36 peratus kepada 104.058 mata berikutan peniaga dijangka menyimpan keuntungan disebabkan jangkaan terhadap penurunan kadar faedah yang besar oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS yang berkurangan.

"Hasil Perbendaharaan AS juga rendah apabila hasil Perbendaharaan AS untuk tempoh 10 tahun turun 3.0 mata asas kepada 4.21 peratus berikutan paras semasa menjadi semakin menarik dengan Fed AS dijangka melonggarkan dasar monetarinya walaupun secara berperingkat," katanya kepada Bernama hari ini.

Dalam pada itu, katanya peniaga dan pelabur akan sibuk dengan pilihan raya presiden AS berdasarkan persaingan antara kedua-dua calon amat sengit.

Dalam dagangan awal, ringgit kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia naik berbanding pound kepada 5.6279/6422 daripada 5.6331/6402 semalam, meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.8582/8657 daripada 2.8589/8627 pada Khamis, bagaimanapun merosot berbanding euro kepada 4.6969/7088 daripada 4.6918/6978 sebelum ini.

Ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang ASEAN.

Ia meningkat berbanding peso Filipina kepada 7.48/7.51 daripada 7.49/7.51 pada Khamis dan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.2903/2988 daripada 3.2928/2972 semalam.

Mata wang tempatan turut mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 278.4/279.3 daripada 278.8/279.3 semalam dan meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.8779/12.9174 daripada 12.9031/9259 sebelum ini. – Bernama

Impian Siti, Judika termakbul


 Saling meminati antara satu sama lain, Siti melihat penganjuran konsert bersama Judika sebagai gabungan tepat dan ibarat bulan jatuh ke riba. - NSTP/Hazreen Mohamed

KUALA LUMPUR: Tanpa diduga, tugasan menyampaikan trofi pada malam kemuncak Anugerah Planet Muzik lebih sedekad lalu berjaya membawa langkah dua penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Judika sejauh ini.

Bermula rakaman lagu duet Kisah Ku Inginkan dimuatkan dalam album SimetriSiti, dua figura itu mengotakan impian apabila mengumumkan bakal berkongsi pentas menjayakan Konsert The Journey Of Sound: Judika x Datuk Seri Siti Nurhaliza yang bakal berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 14 Disember depan.

Saling meminati antara satu sama lain, Siti melihat penganjuran konsert itu sebagai gabungan tepat dan ibarat bulan jatuh ke riba.

"Alhamdulillah, saya lihat gabungan kami ini sangat bertepatan. Perjalanan kami untuk menjadi anak seni juga sama iaitu dengan menyertai pertandingan.

"Masing-masing pernah menempuh pengalaman sukar sebelum mengecapi kejayaan diimpikan. Kami juga sering berjumpa dalam pelbagai acara dan akhirnya dapat merakamkan lagu duet bersama.

"Saya dan Judika saling mengagumi dan menghormati antara satu sama lain. Justeru, apabila Universe Getaway berhasrat menganjurkan konsert, kami sangat teruja kerana impian akhirnya menjadi kenyataan," katanya kepada BH Online.

Bukan sahaja mengagumi keperibadian dimiliki penyanyi yang popular dengan lagu Aku Yang Tersakiti itu, tetapi turut memuji kemampuan Judika dari segi corak penyampaian.

"Saya sudah boleh rasa dengan gaya nyanyiannya, Judika mampu menukar sesebuah karya menjadi lebih hebat. Antara sebab saya kagumi Judika kerana vokal ampuhnya mampu teroka banyak lagu.

"Nyanyiannya pelbagai dan saya boleh bayangkan apa yang boleh kami lakukan bila berduet nanti.

"Insya-Allah, kami sudah wujudkan kumpulan WhatsApp dan di situ, kami boleh bincang dan ambil berkongsi idea," ungkap pemenang trofi Anugerah Seri Perak, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2012 ini.

#news #berita #malaysia #viral #foodie #kualalumpur #tiktok #semasa #media #trending #fyp #fypppppppppp #trendztok #lompattikam #avaninews #trendzfoodie #ohmediaviral #rodaviral #isuhangat #isusemasa #update #facebook #instagram #x #contentcreator

Penyelamat hentikan misi bantuan di utara Gaza susulan ugutan Israel


 Keluarga Palestin yang dipindahkan akibat operasi tentera Israel di Jabalia, utara Gaza, mengambil jalan utama Salah al-Din menuju ke Bandar Gaza. - Foto AFP

GAZA: Agensi Pertahanan Awam Gaza berkata pihaknya dan pasukan penyelamat lain tidak lagi dapat menyediakan perkhidmatan kecemasan di utara wilayah Gaza selepas tentera Israel mengancam untuk mengebom dan membunuh kakitangan mereka.

Sejak 6 Oktober lalu, tentera Israel melancarkan serangan udara dan darat berterusan secara besar-besaran di utara Gaza, menyebabkan kehidupan baki kira-kira 400,000 penduduknya semakin terhimpit .

Pada permulaan, serangan berkenaan tertumpu di kawasan Jabalia dan Israel mendakwa serangan itu adalah bertujuan menghalang kumpulan Hamas daripada berkumpul semula.

Jurucakap Agensi Pertahanan Awam Gaza, Mahmud Bassal, berkata pihaknya tidak dapat menyediakan perkhidmatan kemanusiaan kepada penduduk di utara Gaza kerana diancam bunuh dan bom oleh tentera Israel sekiranya mereka terus berada di Kem Jabalia.

"Anggota penyelamat kami sudah beberapa kali menjadi sasaran tentera Israel, menyebabkan beberapa anggota cedera dan yang lain ditinggalkan berdarah di jalanan tanpa peluang bagi menyelamatkan mereka," katanya.

Dalam pada itu, Bassal turut memuat naik gambar sebuah trak yang terbakar di media sosial dan mendakwa bahawa ia adalah satu-satunya kenderaan pertahanan awam di utara Gaza.

Katanya, trak berkenaan menjadi sasaran tentera Israel di bandar Beit Lahia di utara Jabalia dan berhampiran sempadan utara Gaza dengan Israel.

Tentera Israel mendakwa mereka melakukan serangan di kawasan Jabalia dan telah membunuh berpuluh-puluh pejuang dan pemimpin kanan Hamas.

#news #berita #malaysia #viral #foodie #kualalumpur #tiktok #semasa #media #trending #fyp #fypppppppppp #trendztok #lompattikam #avaninews #trendzfoodie #ohmediaviral #rodaviral #isuhangat #isusemasa #update #facebook #instagram #x #contentcreator

BAM alih tumpuan ke Sukan Asia 2026


                         Setiausaha Agung Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Kenny Goh

KUALA LUMPUR: Keputusan Sukan Komanwel Glasgow 2026 untuk menggugurkan acara badminton jelas mengejutkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh berkata, keputusan itu memang sesuatu yang mengecewakan kerana badminton sudah menjadi sukan wajib di temasya empat tahun sekali itu.

"Keputusan ini memang tidak dijangka terutama buat negara seperti Malaysia, India dan Singapura. Ia agak pelik kerana badminton sentiasa dipertandingkan di Sukan Komanwel," kata Kenny.

Pada edisi 2022 yang berlangsung di Birmingham, England, kontinjen Malaysia membawa pulang dua pingat emas, satu perak dan dua gangsa menerusi acara berkenaan.

Mengulas lanjut, Kenny berkata, BAM akan mengalihkan fokus kepada Sukan Asia 2026 yang berlangsung di Aichi-Nagoya, Jepun.

"Mungkin satu kehilangan peluang buat pemain kita yang ada potensi di Sukan Komanwel, tetapi kita masih ada Sukan Asia pada 2026 di mana badminton akan dipertandingkan. Jadi mungkin kita akan fokus sepenuhnya pada Sukan Asia," katanya.

Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) semalam mengumumkan Glasgow 2026 hanya mempertandingkan 10 acara sukan berbanding 19 acara yang dipertandingkan ketika edisi di Birmingham pada 2022.

#news #berita #malaysia #viral #foodie #kualalumpur #tiktok #semasa #media #trending #fyp #fypppppppppp #trendztok #lompattikam #avaninews #trendzfoodie #ohmediaviral #rodaviral #isuhangat #isusemasa #update #facebook #instagram #x #contentcreator

Simpanan pesara hampir setengah juta ringgit lesap terpedaya pelaburan tak wujud


                                                                            Foto hiasan

KUANTAN: Seorang pesara bukan sahaja tidak meraih keuntungan seperti yang dijanjikan, malah wang pelaburan berjumlah RM478,050 lesap selepas terpedaya dengan pelaburan tidak wujud.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata berdasarkan laporan semalam, lelaki berusia 69 tahun itu berminat dengan tawaran pelaburan melalui Facebook bernama 'MMCT Pro' pada 16 Julai lalu.

Katanya, mangsa juga diberikan pautan untuk muat turun sistem pelaburan dan suspek memberikan latihan melalui aplikasi WhatsApp dengan meyakinkan mangsa boleh mengaut keuntungan sebanyak 300 peratus daripada jumlah wang yang dilaburkan.

"Dalam tempoh 10 September hingga 22 Oktober lalu, mangsa membuat pemindahan wang melalui mesin deposit tunai (CDM) berjumlah RM 478,050 dengan melakukan 33 transaksi kepada empat akaun bank yang diberikan oleh suspek.

"Mangsa mula curiga apabila wang yang dilabur tidak dapat dikeluarkan. Siasatan mendapati sumber kewangan adalah daripada simpanan mangsa.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

usulan kes itu, Yahaya menasihati orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan tawaran pelaburan atas talian yang menjanjikan keuntungan tinggi.

"Masyarakat juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun yang diterima di pautan https://semakmule.rmp.gov.my/ terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi," katanya.


#news #berita #malaysia #viral #foodie #kualalumpur #tiktok #semasa #media #trending #fyp #fypppppppppp #trendztok #lompattikam #avaninews #trendzfoodie #ohmediaviral #rodaviral #isuhangat #isusemasa #update #facebook #instagram #x #contentcreator

Thursday, October 24, 2024

Malaysia teroka peluang kerjasama baharu dalam sektor halal dengan Kanada


 PASARAN halal di Kanada bernilai RM3.1 bilion menawarkan potensi besar kepada pengeluaran Malaysia, terutamanya produk makanan dan minuman. - Tengku Zafrul/Foto BERNAMA

MALAYSIA melihat peluang untuk meneroka kerjasama baharu dalam sektor halal dengan Kanada, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Dengan lebih 1.15 juta penduduk Muslim di Kanada, permintaan terhadap produk halal semakin meningkat, katanya.

Tengku Zafrul yang turut hadir dalam pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan rakan sejawatan beliau dari Kanada, Justin Trudeau semalam berkata pasaran halal Kanada yang bernilai C$1 bilion (RM3.1 bilion) menawarkan potensi besar kepada pengeluar Malaysia, terutamanya dalam produk makanan dan minuman.

"Malaysia boleh memainkan peranan penting dalam memenuhi keperluan pasaran ini melalui kerjasama strategik dan peningkatan pelaburan dalam industri halal, sekali gus memperkukuh kedudukan Malaysia dalam industri global ini,” katanya.

Pada pertemuan yang berlangsung di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 serta Sidang Kemuncak Berkaitan di Laos, Tengku Zafrul berkata Perdana Menteri menekankan hasrat untuk mengukuhkan kerjasama dalam sektor ekonomi.

Beliau berkata kerjasama ekonomi antara Malaysia-Kanada semakin kukuh dengan perdagangan dua hala mencecah RM8.05 bilion setakat Ogos lepas, meningkat sebanyak 41 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Katanya, selepas Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP), perdagangan dua hala meningkat sebanyak 25 peratus, dengan perjanjian ini membuka akses bebas duti bagi perdagangan barangan antara kedua-dua negara.

Beliau berkata, peningkatan ini dipacu oleh kenaikan eksport Malaysia ke Kanada sebanyak 68.1 peratus dan import dari Kanada sebanyak 16.8 peratus. -Bernama

#news #berita #malaysia #viral #foodie #kualalumpur #tiktok #semasa #media #trending #fyp #fypppppppppp #trendztok #lompattikam #avaninews #trendzfoodie #ohmediaviral #rodaviral #isuhangat #isusemasa #update #facebook #instagram #x #contentcreator

Enggan minta sumbangan, isteri Azlan Komeng giat jual sos asli Thai

 

Cekal menjaga suami yang terlantar lumpuh, isteri pelakon Azlan Komeng tetap berdikari untuk mencari wang sendiri demi memenuhi keperluan hidup.

CEKAL menjaga suami yang terlantar lumpuh, isteri pelakon Azlan Komeng tetap berdikari untuk mencari wang sendiri demi memenuhi keperluan hidup.

Nur Nilam Ortiz, 46, enggan menerima bantuan atau membuka tabung mengumpul sumbangan bagi menampung perbelanjaan rawatan suaminya yang juga seorang pelakon aksi.

Berkongsi perkara itu di TikTok, wanita kacukan Thailand-Sepanyol itu kini melakukan perniagaan kecil-kecilan dengan menjual sos hijau Thai di aplikasi tersebut.

"ALLAH akan cukupkan keperluan kami dengan meniaga. Daripada sokongan (membeli sos), kami dapat menampung kos beli lampin, susu dan sebagainya. Ini sos hijau asli Thailand," katanya.

Sebelum ini Azlan dan Nur Nilam dilapor terlibat dalam kemalangan di Kuala Lipis, Pahang ketika dalam perjalanan ke tapak perniagaan hingga menyebabkan pelakon itu cedera parah.

Pelakon filem Remp-It dan Hikayat Merong Mahawangsa itu mengalami patah tangan kanan, kedua-dua belah kaki dan pinggul manakala Nur Nilam tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

#news #berita #malaysia #viral #foodie #kualalumpur #tiktok #semasa #media #trending #fyp #fypppppppppp #trendztok #lompattikam #avaninews #trendzfoodie #ohmediaviral #rodaviral #isuhangat #isusemasa #update #facebook #instagram #x #contentcreator

Ahli farmasi Malaysia dibunuh di kediamannya di Melbourne

  KUALA LUMPUR – Seorang ahli farmasi Malaysia yang bekerja di Melbourne ditemukan mati di kediamannya pada Rabu lepas, disyaki dibunuh, men...